mySEXYfollowers !

Tuesday 17 April 2012

tenaga solar !

Tenaga suria merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh diperbaharui dan tidak akan kehabisan.  Tenaga suria juga dikenali sebagai tenaga solar kerana punca tenaga utama bagi tenaga suria adalah daripada cahaya matahari.  Tanpa tenaga matahari, bumi akan mati.  Sumber tenaga suria dianggap bersih dan tidak mencemarkan alam kerana tenaga ini diperoleh secara semulajadi daripada sinaran suria dan tenaga ini juga tidak terhad serta berterusan penggunaanya.  Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga kerana hampir 99.9% tenaga berpunca daripada sinaran cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi.  Purata keseluruhan tenaga suria yang sampai ke permukaaan bumi kira-kira sebanyak 1353 kw  per meter persegi.
Secara ringkasnya, pengunaan tenaga suria ini bermula sejak ratusan tahun yang lampau.  Menurut sejarah, pada tahun 212 Sebelum Masihi, Archimedes telah berjaya mengalahkan angkatan perang dengan menggunakan kaedah penumpuan tenaga suria.  Secara berperingkat-peringkat peningkatan pengunaan tenaga suria berkembang  melalui penemuan kaedah yang lebih saintifik dan kegunaan tenaga suria menjadi lebih efisyen.  Kini, aplikasi daripada tenaga suria telah banyak digunakan di kebanyakan negara-negara di dunia ini bagi mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga utama. (Murtedza Mohamed, 1991)
Bagi mendapatkan tenaga suria sebagai sumber tenaga pelbagai kaedah telah digunakan.  Antaranya ialah kaedah plat pengumpul mendatar.  Pengumpul jenis ini popular digunakan bagi pemanasan ruang yang besar-besaran ataupun secara kecil-kecilan.  Pengumpul penumpu pula merupakan satu teknologi yang akan menumpukan sinaran suria bagi meningkatkan fluks sinaran tersebut.  Di negara-negara membangun aplikasi kaedah ini masih kurang digunakan disebabkan oleh kos pemasangan yang agak tinggi walaupan kaedah ini sesuai digunakan di kebanyakan negara-negara yang sedang membangun seperti negara Malaysia.
Potensi pengunaan tenaga suria sebagai pembekal sumber tenaga kepada negara-negara yang membangun memperlihatkan satu jalan yang agak cerah.  Hal ini adalah kerana, kebanyakan negara-negara yang sedang membangun ini berada dalam lingkungan 0⁰C – 23⁰C di mana kawasan ini terletak dalam kawasan yang memdapat cahaya matahari paling tinggi sepanjang tahun.  Sebagai contohnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan terletak di kawasan khatulistiwa yang mampu menjana tenaga suria sebagai sember tenaga alternatif.  Malaysia mendapat sebanyak 10 jam tenaga suria setiap hari dan masa matahari tegak diatas kepala merupakan satu masa yang memancarkan tenaga suria secara maksimum.  Pada masa ini, tenaga suria boleh dijana secara maksimum melalui penggunaan kaedah pengumpul penumpu.  Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat menghasilkan suhu yang sangat tinggi untuk menghasilkan tenaga.  Pantai barat semenanjung Malaysia dan pulau-pulau kecil di pantai barat semenanjung  mempunyai potensi yang amat luas untuk menjana tenaga solar kerana kawasan ini mendapat sinaran matahari sepanjang tahun.  Hal ini adalah kerana, kawasan ini tidak mengalami musim tengkujuh seperti yang berlaku di kawasan pantai timur semenanjung yang akan mengalami musim tengkujuh sekali setiap tahun.  Dengan adanya kitaran musim tengkujuh ini, kawasan ini tidak sesuai untuk dijanakan tenaga suria.
Di samping itu juga, India juga merupakan satu contoh negara yang membangun yang mempunyai potensi besar untuk menjana tenaga suria.  Menurut Jauhri (2005), India mampu untuk menjana tenaga suria sebanyak 5000 trillion kwh per setahun.  Hal ini adalah kerana, negara India terletak dalam kawasan yang mendapat sinaran tenaga suria yang tinggi sepanjang tahun dan negara India juga dapat menjana tenaga suria sebanyak 5 – 7 kw per jam sehari.  Kini telah banyak penyelidikan  dilakukan untuk memanipulasikan tenaga suria ini secara maksimum di India.  Lebih daripada 100 buah syarikat tempatan telah terlibat dalam sektor pembuatan yang mengadaptasikan proses tenaga solar dalam kehidupan seharian seperti dapur solar dan pemanas air solar.

2 comments:

  1. MACAM LA BAGOS SGT...WEKSSSSSSS

    ReplyDelete
  2. mang bagos pon . awat ? jelez ? dah laa ang xbuat g .. kesian taw kat CIKGU JAMIL . ahah

    ReplyDelete