mySEXYfollowers !

Friday 8 June 2012

nota pengajian am : Mahkamah !

Sistem kehakiman di Malaysia
-Mentadbir keadilan di Malaysia
-Badan bebas daripada pengaruh eksekutif
-Ketua bidang kehakiman  ialah ketua hakim Negara
-Ketua pendaftar ialah ketua pentadbiran mahkamah
    #FUNGSI
-Memastikan keadilan
-Selesaikan pertikaian
-Memutuskan perbicaraan
-Mentafsir undang-undang
-Pelihara hak-hak kewarganegaraan daripada pencabulan kerajaan
-Batalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
-Isytihar tindakan kerajaan tidak sah jika bercanggah dengan perlembagaan
 #JENIS-JENIS KES
Ø  Ada 2 jenis kes, kes sivil dan kes jenayah
Ø  Kes kecil, pendakwa ialah polis
Ø  Kes besar, pendakwa ialah pendakwa raya atau timbalannya
Ø  Pendakwa akan buktikan yang didakwa bersalah
Ø  Kes sivil ialah kes tuntutan ganti rugi
-untuk memperoleh ganti rugi atas sesuatu sebab
-individu yang tuntut ganti rugi ialah orang awam, syarikat swasta atau pihak  kerajaan
#JENIS-JENIS MAHKAMAH
·         Mahkamah rendah
-mahkamah sesyan
-mahkamah majistret kelas I
-mahkamah tuntutan kecil
-mahkamah majistret kelas II
-mahkamah penghulu
·         Mahkamah atasan
-mahkamah persekutuan/agong
-mahkamah rayuan
-mahkamah tinggi




MAHKAMAH  PERSEKUTUAN
·         Tertinggi di Malaysia
·         Juga dikenali sebagai Mahkamah Agong (sebelum 24 Jun 1994)
·         Ketuanya ialah ketua hakim Negara
·         Ditubuhkan berdasarkan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan
·         Keputusan mahkamah ini adalah muktamad dan berbentuk perisytiharaan
·         Perbicaraan secara panel sekurang-kurangnya 3 hakim, dipilih oleh ketua hakim Negara
·         Jumlah hakim adalah ganjil
·         Keputusan mengikut majoriti dan mesti dipatuhi oleh mahkamah lain
·         Keahlian
-ketua hakim negara (ketua)
-presiden mahkamah rayuan
-hakim besar Malaya
-hakim besar Sabah dan Sarawak
-7 orang hakim lain
·         Bidangkuasa asal
-mempunyai semua bidangkuasa mahkamah tinggi
-memutuskan pertikaian kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan
-menentukan samada sah atau tidak undang-undang yang digubal atau dipinda di parlimen

·         Bidangkuasa dengar rayuan kes sivil
-dengar kes rayuan setelah rayuan di mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi gagal
Bidangkuasa dengar rayuan kes jenayah
-dengar rayuan terhadap keputusan hakim mahkamah tinggi
-kes rayuan adalah tentang hukuman, kesabitan kesalahan dan pembebasan
-boleh tolak kes rayuan
-boleh arah ulangbicara
-Jika hakim mahkamah tinggi sukar buat keputusan, mahkamah persekutuan dirujuk
·            Kes yang tidak boleh dirayu
-kedua pihak bersetuju dengan keputusan mahkamah tinggi
-nilai perkara dalam perbicaraan adalah kurang daripada RM 250 000 (kecuali dapat kebenaran mahkamah persekutuan atau hakim mahkamah tinggi)
-keputusan mahkamah tinggi dianggap muktamad dari segi undang-undang

MAHKAMAH  RAYUAN
·         Sebelum ini, mahkamah persekutuan menjadi mahkamah rayuan bagi kes perbicaraan di mahkamah tinggi
·         Pesalah boleh buat rayuan di mahkamah tinggi, mahkamah persekutuan dan mahkamah rayuan
·         Hakim mahkamah rayuan turut menjadi hakim mahkamah persekutuan atas arahan ketua hakim Negara
·         Keahlian
-presiden/YDP mahkamah rayuan
-10 hakim lantikan YDPA
·         Bidangkuasa rayuan
-boleh dengar keputusan mahkamah tinggi
-boleh dengar keputusan kes jenayah
-boleh dengar keputusan mahkamah majistret tentang tafsiran undang-undang
-bagi kes sivil, mahkamah rayuan boleh dengar rayuan melibatkan wang tuntutan RM 250 000
-mahkamah tinggi jadi mahkamah rayuan bagi mahkamah sesyen

MAHKAMAH  TINGGI
Ø  Ada 2 jenis, mahkamah tinggi Malaya dan mahkamah tinggi sabah, Sarawak (BORNEO)
Ø  Hakim mahkamah ini dilantik oleh YDPA atas nasihat PM dan benrunding dengan MRR
Ø  PM akan minta pendapat Hakim Besar Negeri
Ø  Kini, prosiding dalam mahkamah ini dilakukan oleh 1 hakim saja
Ø  Keahlian
-hakim besar
-47 hakim semenanjung
-10 hakim sabah dan sarawak
Ø  Bidangkuasa dalam kes jenayah
-pelancong luar Negara juga dibiacarakan
-kesalahan di kapal
-kesalahan di atas kapal terbang yang berdaftar di Malaysia, dikawasan laut lepas
-kesalahan warganegara dan individu yang bermastautin tetap di atas kapal terbang/kapal di Malaysia
-kesalahan melanin di perairan Malaysia
-kesalahan bab IV  kanun keseksaan
-kesalahan yang mengancam keselamatan Negara
-semua kes yang babitkan hukuman mati dibicarakan
Ø  Bidangkuasa dalam kes sivil
-perkahwinan kaum bukan Islam
-penceraian kaum bukan Islam
-syarikat/individu yang muflis
-wasiat meninggalkan harta
Bidangkuasa dengar rayuan kes jenayah
-dengar rayuan Mahkamah Rendah
-hukuman denda melebihi RM 25
Bidangkuasa dengar rayuan kes sivil
-dengar rayuan Mahkamah Rendah
-kes tidak kurang daripada RM 10 000 kecuali atas penafsiran undang-undang
Bidangkuasa menyemak dan lain-lain
-nasihat mahkamah rendah tentang perlembagaan dalam prosiding mahkamah
-berkuasa kaji keputusan badan separa hakim

MAHKAMAH SESYEN
Ø  Mahkamah tertinggi dalam mahkamah rendah
Ø  Ada kuasa dalam kes sivil dan kes jenayah
Ø  Boleh bicara semua jenis kesalahan
Ø  Boleh jatuhkan semua jenis hukuman kecuali hukuman mati
Ø  Diketuai oleh hakim mahkamah sesyen terkanan
Ø  Tidak berkuasa dengar kes rayuan
Ø  Bidangkuasa kes sivil
-bicara kes sivil yang libatkan wang tidak melebihi RM 250 000
-mahkamah ini boleh memutuskan tindakan/tuntutan seperti:-
a)tuan tanah
b)penyewa tanah
c)keluarkan writ
d)keluarkan waran
e)keluarkan saman
f)kemalangan kenderaan bermotor
Ø  Bidangkuasa kes jenayah
-mahkamah ini akan siasat kesalahan jenayah yang dibicarakan di mahkamah tinggi
-jika ada bukti yang cukup terhadap tertuduh, tertuduh akan dibicarakan di mahkamah tinggi dan jika tidak tertuduh akan dibebaskan

MAHKAMAH  MAJISTRET KELAS I
Ø  Hakim mahkamah ini dipanggil majistret kelas I
Ø  Majistret di wilayah persekutuan dilantik oleh YDPA
Ø  Majistret di negari lain dilantik oleh sultan/YDP negeri
Ø  Di semenanjung, majistret kelas I boleh mendengar/memutuskan kes rayuan di mahkamah penghulu
Ø  Bidangkuasa kes jenayah
-sama seperti mahkamah sesyen
Bidangkuasa kes kes sivil
-bicara kes berjumlah nilai pertikaian tidak melebihi RM 25 000
-tuntutan semula harta tidak melebihi RM 25000 setahun
-boleh keluarkan writ atau waran bagi dapatkan sewa dan sewa itu tidak melebihi saman pemula


MAHKAMAH  TUNTUTAN  KECIL/ MAHKAMAH MAJISTRET KELAS II
Ø  Bidangkuasa mahkamah ini kurang daripada mahkamah kelas I
Ø  Hakim mahkamah ini- majistret kelas II atau pegawai kehakiman yang ada pengalaman
Ø  Boleh membicarakan kes tuntutan hutang tidak melebihi RM 3000
Ø  Bidangkuasa
-kurang daripada majistret kelas I
-boleh bicara kes sivil
Ø  Kes sivil yang dibicara
-tuntutan tidak melebihi RM 3000
-maksimum hukuman penjara kurang daripada 12 bulan
-hukuman denda sahaja
MAHKAMAH TRAFIK
Ø  Ditubuhkan untuk adili kes trafik sahaja dan percepatkan perbicaraan
Ø  Denda maksimum RM 20 000
Ø  Hukuman penjara ialah 5 tahun jika menyebabkan kematian
MAHKAMAH PENGHULU
Ø  Mahkamah yang paling rendah dalam Mahkamah Rendah
Ø  Hanya di semenanjung
Ø  Boleh bicara kes sivil dan jenayah
Ø  Perbicaraan dilakukan oleh penghulu mukim
Ø  Sultan/YDP negeri yang melantiknya
Ø  Kes tuntutan tidak melebihi RM 50
Ø  Denda maksimum RM 25 bagi kes jenayah
Ø  Individu yang dibicarakan ialah orang asli yang faham bahasa Melayu
Ø  Pihak pendakwa atau tertuduh boleh pilih perbicaraan dibuat di mahkamah penghulu atau mahkamah majistret
MAHKAMAH KHAS
Ø  Hanya membicarakan kesalahan yang dilakukan golongan tertentu
Ø  Mahkamah ini tertutup, kecuali mahkamah syariah
Ø  Jenis-jenis:-
a)      Mahkamah Khas Raja-raja
-membicarakan sifat peribadi  YDPA atau sultan
-bidangkuasa sama seperti mahkamah lain, berdasarkan perlembagaan
-pejabat pendaftaran di Kuala Lumpur
-prosiding mengikut keputusan majoriti dan muktamad
-dimulakan oleh peguam negara
b)      Mahkamah juvenile
-perbicaraan di mahkamah majistret
-membicarakan pesalah remaja yang berusia 10 hingga 18 tahun
-libatkan kes ringan saja
-tidak libatkan hukuman mati
-kes yang libatkan hukuman mati dibicarakan di mahkamah tinggi
-prosiding:-
·         Dibicarakan oleh majistret bersama dua orang pengapit
·         Ahli panel/pengapit dilantik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat
·         Ketika ditahan, kanak-kanak itu diasingkan daripada pesalah dewasa dalam tahanan reman polis, boleh dibebaskan sementara tunggu perbicaraan dengan ikat jamin
·         Ibubapa atau penjaga boleh menyoal saksi-saksi pihak pendakwa
c)       Mahkamah syariah
-tujuan untuk adili orang Islam
-dulu, mahkamah rendah syariah dipanggil mahkamah kadi
·         Membicarakan kes kecil di peringkat daerah
-dan mahkamah tinggi syariah dipanggil mahkamah kadi besar
·         Membicarakan kes lebih besar di peringkat negeri
-dulu, Lembaga Rayuan dipanggil mahkamah rayuan syariah
·         Mendengar kes rayuan bagi mahkamah tinggi syariah
-setiap mahkamah syariah diketuai oleh kadi, dilantik oleh sultan/YDP negeri
-kadi wilayah persekutuan dilantik oleh YDPA
-bidangkuasa kes sivil
·         Pertunangan
·         Perkahwinan
·         Penceraian
·         Fasakh
·         Nafkah tanggungan
·         Nazar
·         Wasiat dan lain-lain
-bidangkuasa kes jenayah
·         Khalwat
·         Zina
·         Minum arak
·         Judi
·         Ajaran sesat
·         Tidak berouasa
·         Tidak bayar fitrah dan lain-lain





d)      Mahkamah bumiputera
-Mahkamah Bumiputera
- Mahkamah Bumiputera hanya wujud di Sabah dan Sarawak.

***Struktur Mahkamah Bumiputera
Mahkamah Bumiputera Sarawak                                  Mahkamah Bumiputera Sabah
Mahkamah Rayuan Bumiputera                                            Mahkamah Rayuan Bumiputera   
                  I                                                                                             I
Mahkamah Bumiputera Residen                                              Mahkamah Pegawai Daerah
                  I                                                                                             I
Mahkamah Daerah Bumiputera                                                 Mahkamah Bumiputera
                  I               
Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputer
                  I
Mahkamah Ketua Kampung

***Persamaan Mahkamah Bumiputera Sarawak dan Mahkamah Bumiputera Sabah
-Jika berlaku apa-apa kes yang berkaitan dengan perkahwinan atau seks dan kedua-dua pihak yang terlibat adalah daripada keturunan yang berbeza, adat pihak perempuan hendaklah digunakan.
-Sebarang pelanggaran adat boleh dibicarakan di Mahkamah Bumiputera asalkan salah seorang daripada pihak-pihak yang terlibat ialah Bumiputera.

Struktur Mahkamah Bumiputera Sarawak
1 Mahkamah Rayuan Bumiputera
(a)    Personel Mahkamah Rayuan Bumiputera terdiri daripada;
(i) Hakim Mahkamah Tinggi
(ii) Setiausaha Hal-ehwal Bumiputera
(iii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini diadili oleh tiga, lima, atau tujuh orang yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi.
(c) Mahkamah ini mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Bumiputera Residen.

2  Mahkamah Bumiputera Residen
(a) Personel Mahkamah Bumiputera terdiri daripada:
(i) Residen
(ii) Ketua
(iii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Bumiputera bawahan.
(c) Residen berkuasa untuk menghentikan atau mengarahkan perbicaraan semula sesuatu kes di Mahkamah Bumiputera jika perbicaraan berkenaan tidak mematuhi undang-undang adat.

3 Mahkamah Daerah Bumiputera
(a) Personel Mahkamah Bumiputera terdiri daripada:
(i) Majistret
(ii) Pegawai Bumiputera
(iii) dua orang pengapit   
(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebihi RM200

4 Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputera
(a) Personel Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputera terdiri daripada:
(i) Pegawai atau Ketua Bumiputera
(ii) dua orang pengapit  
(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan dan denda tidak melebihi RM100.

5 Mahkamah Ketua Kampung
(a) Personel Mahkamah Ketua Kampung terdiri daripada:

(i) Ketua Kampung
(ii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50.

Struktur Mahkamah Bumiputera Sabah


1 Mahkamah Rayuan Bumiputera
a) Personel Mahkamah Rayuan Bumiputera terdiri daripada;

(i) Hakim Mahkamah Tinggi
(ii) dua orang ketua bumiputera

2 Mahkamah Pegawai Daerah
(a) Personel Mahkamah Pegawai Daerah terdiri daripada;
(i) Pegawai Daerah
(ii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebihi RM200

3 Mahkamah Bumiputera
(a) Personel Mahkamah Bumiputera terdiri daripada;
(i) Ketua Bumiputera
(ii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah  ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun dan denda tidak melebihi RM100

Bidang Kuasa Mahkamah Bumiputera

 1  Mahkamah Bumiputera berkuasa untuk membicarakan:
(a) kes kesalahan melanggar undang-undang adat dan pihak-pihak yang terbabit ialah bumiputera, contohnya tentang perkahwinan, perkara seks, harta pusaka, dan tanah
(b) kes pelanggaran Undang-undang Adat Sarawak oleh seorang atau sekumpulan bumiputera
(c) kes pelanggaran Undang-undang Adat Melayu bukan Islam
(d) kes-kes diberi kuasa oleh undang-undang bertulis kepada Mahkamah Bumiputera

2 Kes yang melibatkan bumiputera Islam dibicarakan di Mahkamah Syariah dan hanya akan dibicarakan di Mahkamah Bumiputera jika perkara yang hendak dibicarakan tidak diliputi dalam Undang-undang Islam.

e)      Mahkamah perusahaan
-wujud kerana untuk kepentingan majikan, pekerja dan kesatuan sekerja
-ahlinya ialah YDP, 3 orang dilantik oleh menteri dan mereka ini mewakili orang bebas, majikan, pekerja
f)       Mahkamah tentera
Mahkamah Tinggi Tentera
   (a) Membicarakan pegawai berpangkat Staf Sarjan ke atas
   (b) Hakim ialah Leftenan Kolonel dan dua orang pegawai tinggi
Mahkamah Rendah Tentera
   (a) Membicarakan askar yang pangkatnya di bawah Staf Sarjan
   (b) Hakim ialah Yang Dipertuan (Mejar) dan dua orang lain (Kapten/Hakim Peguam)
3 Pegawai-pegawai yang menganggotai Mahkamah Tentera dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Pertahanan.


Bidang Kuasa Mahkamah Tentera
1 .Sesiapa juga yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan angkatan tentera
2.Askar simpanan yang dipanggil untuk berkhidmat dalam latihan tentera
3. Orang awam yang digaji oleh tentera atau sedang berkerja dengan pihak tentera
4. Orang awam yang berada di atas kapal terbang atau tentera laut 
5.Kes-kes pecah amanah dan displin dalam angkatan tentera


Hukuman dan Rayuan Mahkamah Tentera
1 Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera tertakluk kepada pengesahan seorang pegawai atasan tentera.
2 Jika melibatkan hukuman mati, pengesahan hendaklah diperoleh daripada Yang di-Pertuan Agong.
3 Hukuman yang dijatuhkan boleh dirayu di Mahkamah Tinggi.
4 Pengampunan boleh diperoleh daripada Yang di-pertuan Agong melalui
Lembaga Pengampunan.
Mahkamah buruh
-hanya bicarakan kes cuti dan pembayaran gaji pekerja swasta yang gajinya kurang daripada RM 1000 sebulan
-diadili oleh pegawai Jabatan Buruh dan kes berlangsung  di Jabatan Buruh


#pesanan : susunan gambar rajah untuk struktur mahkamah bumiputera lari sikit, harap maaf !

sincerely by, AMYRA ZULKEHLI :)

Tuesday 17 April 2012

tenaga solar !

Tenaga suria merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh diperbaharui dan tidak akan kehabisan.  Tenaga suria juga dikenali sebagai tenaga solar kerana punca tenaga utama bagi tenaga suria adalah daripada cahaya matahari.  Tanpa tenaga matahari, bumi akan mati.  Sumber tenaga suria dianggap bersih dan tidak mencemarkan alam kerana tenaga ini diperoleh secara semulajadi daripada sinaran suria dan tenaga ini juga tidak terhad serta berterusan penggunaanya.  Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga kerana hampir 99.9% tenaga berpunca daripada sinaran cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi.  Purata keseluruhan tenaga suria yang sampai ke permukaaan bumi kira-kira sebanyak 1353 kw  per meter persegi.
Secara ringkasnya, pengunaan tenaga suria ini bermula sejak ratusan tahun yang lampau.  Menurut sejarah, pada tahun 212 Sebelum Masihi, Archimedes telah berjaya mengalahkan angkatan perang dengan menggunakan kaedah penumpuan tenaga suria.  Secara berperingkat-peringkat peningkatan pengunaan tenaga suria berkembang  melalui penemuan kaedah yang lebih saintifik dan kegunaan tenaga suria menjadi lebih efisyen.  Kini, aplikasi daripada tenaga suria telah banyak digunakan di kebanyakan negara-negara di dunia ini bagi mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga utama. (Murtedza Mohamed, 1991)
Bagi mendapatkan tenaga suria sebagai sumber tenaga pelbagai kaedah telah digunakan.  Antaranya ialah kaedah plat pengumpul mendatar.  Pengumpul jenis ini popular digunakan bagi pemanasan ruang yang besar-besaran ataupun secara kecil-kecilan.  Pengumpul penumpu pula merupakan satu teknologi yang akan menumpukan sinaran suria bagi meningkatkan fluks sinaran tersebut.  Di negara-negara membangun aplikasi kaedah ini masih kurang digunakan disebabkan oleh kos pemasangan yang agak tinggi walaupan kaedah ini sesuai digunakan di kebanyakan negara-negara yang sedang membangun seperti negara Malaysia.
Potensi pengunaan tenaga suria sebagai pembekal sumber tenaga kepada negara-negara yang membangun memperlihatkan satu jalan yang agak cerah.  Hal ini adalah kerana, kebanyakan negara-negara yang sedang membangun ini berada dalam lingkungan 0⁰C – 23⁰C di mana kawasan ini terletak dalam kawasan yang memdapat cahaya matahari paling tinggi sepanjang tahun.  Sebagai contohnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan terletak di kawasan khatulistiwa yang mampu menjana tenaga suria sebagai sember tenaga alternatif.  Malaysia mendapat sebanyak 10 jam tenaga suria setiap hari dan masa matahari tegak diatas kepala merupakan satu masa yang memancarkan tenaga suria secara maksimum.  Pada masa ini, tenaga suria boleh dijana secara maksimum melalui penggunaan kaedah pengumpul penumpu.  Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat menghasilkan suhu yang sangat tinggi untuk menghasilkan tenaga.  Pantai barat semenanjung Malaysia dan pulau-pulau kecil di pantai barat semenanjung  mempunyai potensi yang amat luas untuk menjana tenaga solar kerana kawasan ini mendapat sinaran matahari sepanjang tahun.  Hal ini adalah kerana, kawasan ini tidak mengalami musim tengkujuh seperti yang berlaku di kawasan pantai timur semenanjung yang akan mengalami musim tengkujuh sekali setiap tahun.  Dengan adanya kitaran musim tengkujuh ini, kawasan ini tidak sesuai untuk dijanakan tenaga suria.
Di samping itu juga, India juga merupakan satu contoh negara yang membangun yang mempunyai potensi besar untuk menjana tenaga suria.  Menurut Jauhri (2005), India mampu untuk menjana tenaga suria sebanyak 5000 trillion kwh per setahun.  Hal ini adalah kerana, negara India terletak dalam kawasan yang mendapat sinaran tenaga suria yang tinggi sepanjang tahun dan negara India juga dapat menjana tenaga suria sebanyak 5 – 7 kw per jam sehari.  Kini telah banyak penyelidikan  dilakukan untuk memanipulasikan tenaga suria ini secara maksimum di India.  Lebih daripada 100 buah syarikat tempatan telah terlibat dalam sektor pembuatan yang mengadaptasikan proses tenaga solar dalam kehidupan seharian seperti dapur solar dan pemanas air solar.

Thursday 12 April 2012

Kepuasan Pelanggan Terhadap Kantin SMKK

ke
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan izin-Nya kajian kami yang bertajuk Kepuasan Pelanggan Terhadap Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting pada tahun 2012 telah berjaya disiapkan.
Kami ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Pertama sekali,kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mentor kami iaitu Encik Ibrahim Bin Shoib. Beliau telah banyak menghulurkan bantuan kepada kami dalam menjayakan kajian kami. Beliau tidak putus-putus memberi cadangan dan idea untuk kajian ini.Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada ibu bapa kami yang banyak membantu kami dari segi kewangan. Tanpa bantuan mereka, agak sukar untuk kami melakukan kajian ini.
      Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak lain yang sudi membantu dalam menjayakan kajian ini. Antaranya ialah Noor Asmiza Binti Zulkehli dan Jamilah Binti Hanifah kerana beliau banyak menyumbangkan idea kepada kami dalam kajian ini. Jasa beliau amat kami hargai.
Akhir kata, terima kasih juga untuk semua ahli yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan menyumbangkan tenaga semasa kajian ini dijalankan.
  
BAB I
PENGENALAN
1.0    Latar belakang kajian
Kantin ialah kawasan untuk orang awam menikmati juadah. Setiap sekolah mempunyai kantin mereka yang tersendiri. Kantin memainkan peranan yang penting kerana ia merupakan tempat untuk kita menjamu selera. Seperti yang kita tahu, sesetengah kantin tidak akan memberi kepuasan kepada pelanggan. Oleh itu,kami telah mengambil keputusan untuk melakukan kajian terhadap kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK).
Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, kami mendapati bahawa ramai pelajar, guru dan kakitangan sekolah tersebut tidak berpuas hati terhadap kantin SMKK. Kami mendapati banyak aduan yang dilakukan terhadap kantin tersebut. Hal ini kerana, terdapat banyak kekangan yang timbul di kantin tersebut.
   Kami mendapati bahawa bilangan pekerja kantin adalah sebanyak 13 orang. Bilangan pekerja lelaki ialah 6 orang manakala bilangan pekerja perempuan ialah sebanyak 7 orang. Melalui kaedah pemerhatian, kami menganggarkan umur pekerja kantin adalah di antara 18-45 tahun. Justeru itu, semua pekerja kantin juga telah menerima suntikan daripada Kementerian Kesihatan sebelum memulakan perniagaan.
    Melalui kajian ini juga, kami mendapati bahawa bahan mentah diambil daripada pemborong. Berdasarkan kajian, antara menu makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin ialah nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, bihun sup, roti, dan makanan ringan.Air minuman juga turut disediakan. 

2.0    Pernyataan masalah
2.1 Harga makanan mahal
Dalam sesebuah perniagaan,terdapat pelbagai masalah yang akan timbul. Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, masalah yang wujud ialah harga makanan yang dijual oleh pengusaha kantin agak mahal.Harga makanan yang mahal merupakan masalah yang serius kepada pelajar.Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu menmbeli makanan yang tinggi harganya.Contohnya, pelajar yang kurang berkemampuan tidak dapat membeli makanan yang disediakan.Pengusaha kantin seharusnya memikirkan situasi pelajar terutamanya dari segi kewangan.
2.2 Kuantiti makanan sedikit
Kekangan lain yang timbul ialah kuantiti makanan yang disediakan amat sedikit. Kuantiti makanan yang disediakan tidak setimpal dengan harga yang dijual.Contohnya, harga sepinggan nasi lemak yang dijual ialah RM1.50 tnetapi kuantiti makanan yang disajikan tidak memadai. Hal ini boleh menjadikan pelanggan tidak kenyang dan akan membeli lebih banyak makanan. Juseru itu, mereka akan menambahkan perbelanjaan.
2.3 Makanan tidak enak
Seterusnya, masalah yang timbul ialah makanan yang disajikan tidak sedap. Terdapat banyak aduan daripada pelajar,guru dan kakitangan sekolah bahawa kadangkala makanan yang disediakan tidak memenuhi citarasa mereka. Contohnya,sambal nasi lemak tidak dimasak dengan sempurna seperti cabai tidak dikisar halus.
2.4 Makanan ringan yang membahayakan kesihatan
Selain itu, makanan ringan seperti nugget, kentang goreng, sosej dan sebagainya digoreng dengan minyak yang berlebihan.Seperti yang kita ketahui, makanan yang mengandungi minyak yang berlebihan boleh memberi impak yang buruk kepada diri.Buktinya, kolestrol individu boleh meningkat secara mendadak.Contohnya, makanan yang digoreng dan mengandungi minyak yang berlebihan di kantin sekolah SMKK boleh mengundang penyakit kepada pelajar, guru, dan kakitangan sekolah yang membeli.


        2.5 Layanan kurang mesra
       Masalah lain yang wujud ialah layanan yang diberikan oleh pengusaha kantin adalah tidak memuaskan. Semasa pelanggan membeli makanan di kantin, pekerja kantin langsung tidak mesra dengan pelanggan.Mereka juga tidak memberikan senyuman dan ucapan terima kasih kepada pelanggan yang membeli.
3.0    Tujuan kajian
     3.1 Untuk mendapat maklum balas
 Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapat maklum balas daripada pelanggan kantin SMKK iaitu pelajar, guru, dan kakitangan sekolah.Kajian ini juga dapat menyuarakan sedikit sebanyak pendapat daripada kalangan pelajar.Di samping itu, dapat mengetahui citarasa pelanggan terhadap menu makanan yang disediakan. Berdasarkan maklumat yang kami dapati ada ketidapuasan pelajar mengenai menu yang disediakan  oleh pengusaha kantin. Oleh itu, kami cuba untuk menyelidik dengan lebih lanjut.
      3.2 Untuk mengetahui layanan pekerja kantin
Seterusnya, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui layanan pekerja kantin terhadap pelanggan.Layanan mesra daripada pekerja kantin amat penting untuk pelanggan kerana mempunyai sikap yang mesra bukan sahaja dapat menarik hati pelanggan malah mereka lebih merasa dihargai.Sebagai contoh, seseorang pekerja itu haruslah sentiasa senyum dengan pelanggannya.
       3.3 Mengkaji harga makanan
Harga makanan juga merupakan tujuan kajian ini dijalankan.Kami dapati ada segelintir pelajar menyatakan harga makanan di kantin agak mahal jika hendak dibandingkan pada tahun sebelumnya. Contohnya,  harga sepinggan nasi goreng pada tahun 2012 ialah RM1.50 manakala pada tahun 2011 harganya ialah RM1.20. Disini kita boleh melihat berlakunya kenaikan harga makanan.Seperti yang kita tahu harga memainkan peranan penting kerana ketidakseimbangan harga boleh mencetuskan sesuatu perniagaan itu menjadi muflis.

4.0    Kepentingan kajian
Kajian ini boleh menyumbang kepada pelanggan kantin SMKK dalam memberi keselesaan diri.Keselesaan merupakan aspek penting bagi seseorang dalam kehidupan mereka. Tanpa persekitaran yang menarik, ia akan membuatkan pelanggan kurang selesa untuk menjamu selera. Pengusaha kantin seharusnya meletakkan info-info ilmiah di sudut kantin sekolah bagi menceriakan suasana kantin.Contohnya, bahan-bahan ilmiah ditampal di atas meja makan kantin.
Berdasarkan kajian, memberi layanan mesra dan terbaik kepada pelanggan adalah amat penting. Hal ini kerana, layanan mesra yang diberi oleh pekerja kantin akan mewujudkan hubungan baik dengan pelanggan. Contohnya, semasa menjual makanan di kantin, pekerja yang bertugas seharusnya memberi senyuman kepada pelanggan.
Pengusaha kantin juga perlu menyediakan makanan yang sesuai. Makanan sememangnya penting untuk manusia kerana ia adalah keperluan hidup. Oleh itu, pengusaha kantin perlu menyedikan makanan yang baik untuk pelanggan. Makanan yang mengandungi minyak yang berlebihan seharusnya dielakkan kerana ia akan mengundang bahaya kepada individu.
Berdasarkan kajian, pengusaha kantin perlu memberi harga yang berpatutan kepada pelanggan terutamanya pelajar.Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu membeli makanan dengan harga yang mahal.Pengusaha kantin seharusnya memikirkan situasi pelajar dari aspek kewangan.Contohnya, harga sebungkus kentang goreng ialah RM1.00 tetapi kuantitinya adalah sedikit. Sememangnya ia tidak memadai dan hanya membebankan pelanggan.
Kajian ini juga dijalankan untuk memenuhi citarasa pelanggan.Citarasa pelanggan sememangnya penting untuk pengusaha kantin. Hal ini kerana ia akan meningkatkan pendapatan pengusaha kantin tersebut. Pengusaha kantin perlu tahu citarasa pelanggan agar perniagaan yang dijalankan berkembang maju.Contohnya, mengetahui keperluan dan kehendak pelanggan.

BAB II
KAJIAN LEPAS
Melalui pemerhatian , kami telah membandingkan pengusaha kantin dahulu dengan pengusaha kantin sekarang daripada pelbagai aspek. Terdapat banyak perbezaan di antara dua pihak  tersebut. Pelbagai aspek positif dan negatif dapat dilihat melalui kajian yang kami jalankan

1.0  ASPEK /PENILAIAN
      1.1  Persekitaran 
Persekitaran yang baik dan menarik amat penting dalam kehidupan kita. Hal ini kerana ia                     akan mempengaruhi keadaan di sekeliling kita. Sebagai contoh, pengusaha kantin dahulu telah mengabaikan aspek ini sehingga menjejaskan imej kredibitili beliau dalam menyediakan makanan terhadap pelanggan yang terdiri daripada guru, pelajar dan kakitangan sekolah serta orang luar yang datang membeli makanan. Disamping itu, susunan kerusi dan meja makan yang tidak teratur serta tidak sistematik telah menyebabkan persekitaran kelihatan tidak kemas. Hal ini akan menjadikan pelajar tidak berasa selesa untuk menjamu selera. Permukaan meja yang kotor dan  tidak dilapik menyebabkan persekitaran kelihatan kusam serta tidak menarik perhatian pelanggan.
      1.2  Kebersihan
Kebersihan merupakan aspek yang paling utama dalam sesebuah perniagaan yang dijalankan. Oleh itu, pengusaha kantin perlu mementingkan kebersihan kantin. Selain itu, persekitaran yang kotor akan memberi kesan dan masalah seperti keracunan makanan. Oleh hal yang demikian, aspek ini perlu dijaga dan dititikberatkan oleh pengusaha kantin agar dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Berdasarkan kajian, pengusaha kantin terdahulu telah mengabaikan aspek ini. Contohnya, para pekerja memakai pakaian yang kurang kemas. Justeru itu, pelanggan mudah menghadapi penyakit berjangkit yang boleh dijangkiti seperti penyakit kuku,mulut dan tangan.


      1.3  Pekerja
Berdasarkan kajian, pekerja terdahulu majoritinya terdiri daripada golongan warga emas. Hal ini menimbulkan masalah apabila pekerja menjadi lambat dalam melakukan kerja. . Disebabkan itu juga, masa yang diambil oleh pekerja kantin yang terlalu lama dalam melayan karenah pelanggannya sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati para pelanggan. Contohnya, terdapat kes tolak menolak dalam membeli makanan dan seterusnya mencetuskan pergaduhan sesama mereka. Perkara ini sering berlaku di kalangan pelajar. Oleh itu,  pertumpahan makanan yang dibeli oleh pelanggan di kantin turut berlaku.
      1.4 Harga makanan
Makanan yang dijual seharusnya mampu dibeli oleh pelanggan tidak kira dari golongan yang berada ataupun tidak. Harga yang ditawarkan juga perlulah berpatutan dengan kehendak pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada para pelajar yang ditanggung oleh ibu bapa. Bagaimanapun, harga makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin terdahulu amat berpatutan. Menurut kajian yang dijalankan, tiada kekangan yang wujud dari segi harga makanan. Contohnya, harga sepinggan nasi lemak hanya RM1.20. Oleh itu, ramai pelanggan yang berpuas hati.
      1.5 Bahan mentah
Penggunaan bahan mentah yang bermutu dan segar akan menjamin kualiti makanan yang disediakan. Asas ini penting dalam penyediaan makanan untuk para pelanggan. Namun, bahan yang digunakan mungkin kurang elok dan lama tetapi masih digunakan dalam masakan walaupun telah tamat tempoh. Berdasarkan kajian, pengusaha kantin terdahulu mengambil bahan mentah yang bermutu dan segar. Walau bagaimanapun, pembekal bagi bahan mentah tersebut ialah berbangsa Cina. Hal ini menimbulkan rasa was-was bagi pelanggan yang beragama Islam.


BAB III

METODOLOGI

1.0  SKOP KAJIAN

Kajian ini melibatkan seramai 20 orang responden yang merangkumi pelajar tingkatan 4, 5 , dan 6, guru serta kakitangan sekolah. Kami hanya melakukan kajian di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak dapat memberi gambaran di sekolah lain. Fokus utama kajian kami adalah kepuasan pelanggan terhadap kantin SMKK.


2.0  KEPENTINGAN KAJIAN
 
2.1 Memantau pengurusan kantin.

Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah memantau pengurusan kantin agar para pelajar berpuas hati dari segi semua aspek pengurusan serta pengendalian makanan di kantin sekolah. Kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan perlu ditingkatkan agar para pelajar dan kesemua kakitangan pekerja dapat memperoleh makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan mereka.

2.2 Harga yang berpatutan
Harga yang ditetapkan juga perlulah berpatutan serta mengikut harga yang telah ditetapkan. Jawatankuasa kantin yang terdiri daripada guru-guru bertanggungjawab memastikan pihak pengurusan kantin menguruskan kantin dengan betul serta merancang strategi untuk meningkatkan taraf perkhidmatan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, pihak kantin juga harus meletakkan harga mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, untuk pelajar perlu meletakkan harga yang yang sesuai mengikut kemampuan mereka.



2.3  Kebersihan kantin terjamin
Kebersihan kantin dan pengendalian makanan secara keseluruhan terjamin. Pekerja kantin memastikan makanan yang di jual tidak dihinggapi oleh lalat
     atau sebarang makanan yang di jual adalah bukan makanan yang lama. Selain itu, mereka juga memastikan pinggan, mangkuk, cawan, garpu dan sudu dalam keadaan bersih tanpa sebarang karat atau kekotoran pada alat makanan tersebut. Selain itu,memastikan bahawa kerusi dan meja di kantin berada dalam keadaan yang bersih tanpa sebarang kekotoran seperti tumphan air atau sambal makanan di atas meja dan kerusi kantin.

2.4 Mendisiplinkan pelajar
     Selain itu, pihak sekolah harus mendisiplinkan diri pelajar tentang tatacara ketika berurusan di kantin agar para pelajar mematuhi peraturan di kantin. Pihak pengurusan kantin perlulah memberi kerjasama kepada pihak sekolah agar mematuhi semua peraturan yang telah digariskan. Sebagai contoh, pelajar harus beratur sebelum membeli makanan dan minuman di kantin dan perlu meletakkan pinggan atau mangkuk serta cawan ke dalam besen selepas makanan.

2.5 Imej sekolah terjamin
Pengusaha juga perlulah menjaga nama  baik sekolah dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pihak. Selain itu, pengusaha kantin haruslah sentiasa berbincang dengan pihak pentadbir bagi memuaskan hati semua pihak. Sebagai contoh, mempelbagaikan menu untuk semua pihak, menyediakan tong sampah yang lebih banyak supaya pelajar dapat menyelesakan diri mereka untuk membuang sampah dengan jarak yang dekat, malah keadan kantin lebih bersih.


3.0  ALAT KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik bagi menjawab untuk mengetahui respond daripada pelanggan. Respondennya terdiri daripada pelajar tingkatan 4, 5, dan 6, guru serta kakitangan sekolah. Seramai 20 sampel telah diambil bagi mendapatkan data yang diperlukan bagi menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Jumlah sampel yang dipilih merangkumi 100 peratus iaitu keseluruhan responden melalui pelajar, guru dan kakitangan sekolah  menghantar semula borang soal selidik yang telah diedarkan. Antara sampel yang digunakan adalah seramai  (40%) bagi pelajar manakala (30%) adalah guru dan selebihnya untuk kakitangan sekolah iaitu(30%). Instrument kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian satu terdiri daripada soalan berkaitan latar belakang sampel yang digunakan iaitu status, jantina dan pelajar di tingkatan (4,5,6), guru dan pekerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.

3.2 Bahagian pertama (harga yang berpatutan)

      Berdasarkan harga makanan, hanya 5 orang sahaja yang bersetuju untuk dikekalkan. Selebihnya iaitu seramai 15 orang tidak berpuas hati terhadap harga yang diberikan. Hal ini disebabkan oleh kuantiti bahan mentah yang dibeli oleh pihak kantin daripada pembekal pada masa ini adalah mahal dan tidak berpatutan berbanding tahun lepas.

3.3 Bahagian kedua (keselesaan terhadap persekitaran kantin)

      Keselesaan terhadap persekitaran kantin pada masa ini lebih selesa berbanding tahun lepas. Ini dapat ditunjukkan oleh analisis data yang dikaji iaitu seramai 18 orang yang bersetuju manakala hanya 2 orang tidak bersetuju. Hal ini kerana, pihak kantin pada masa ini menyediakan banyak tong sampah untuk pelajar membuang sampah. Selain itu, menyediakan besen untuk meletakkan pinggan dan mangkuk serta mengecat kawasan kantin.



  3.3 Bahagian ketiga (pengkajian semula terhadap harga makanan)

      Harga makanan yang terlalu mahal, seharusnya dikaji semula. Ia di persetujui oleh semua pelanggan seramai 20 orang. Hal ini kerana, harga makanan yang di jualkan itu tidak bersesuaian dengan katogeri golongan yang ada. Oleh itu, pihak kantin harus memahami kemampuan sesetengah pelanggan dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata.

3.4 Bahagian keempat (citarasa terhadap menu makanan yang dijual)

      Menu yang disediakan oleh pihak kantin tidak memenuhi citarasa pelanggan. Ini ditunjukkan oleh analisis yang dikaji iaitu seramai 5 orang berpuas hati terhadap menu yang disediakan manakala selebihnya iaitu seramai 15 orang tidak berpuas hati. Hal ini disebabkan oleh masakan yang dijual tidak begitu enak.

      3.5 Bahagian kelima (menambahbaik dari segi harga dan masakan)

Pemilik kantin perlu manambahbaik semula dari segi harga dan makanan. Ini telah terbukti mengikut kajian yang telah dilaksanakan iaitu seramai 19 orang bersetuju untuk mengkaji semula dalam menambahbaikkan harga dan masakan. Mengikut majoriti yang setuju ini , disebabkan harga yang diletakkan terlalu mahal, malah kuantiti yang di bekalkan itu terlalu sedikit berbanding pada tahun lepas harga makanan yang di jual itu murah dan berpatutan dengan kuantiti yang dibekalkan itu juga banyak dan memberi kepuasan kepada pembeli.

3.6 Bahagian keenam (kebersihan kantin)

Tahap kebersihan diri pekerja kantin dan tahap kebersihan persekitaran kantin terjamin. Buktinya adalah melalui analisis yang ada iaitu terdapat 13 orang setuju dengan tahap kebersihan yang terjamin manakala selebihnya iaitu 7 orang tidak bersetuju. Hal ini di sebabkan, pekerja menjaga kebersihan melalui pakain mereka semasa sesi penjualan. Pekerja kantin juga memakai apron malah pinggan, mangkuk dan cawan juga bersih berbanding dengan tahun lepas iaitu pekerja tidak memakai apron, malah pinggan mangkuk dan cawan juga kotor.

    
     3.7 Bahagian ketujuh (pengalaman keracunan makanan)

Berdasarkan kajian, tiada kejadian keracunan makanan yang dilaporkan. Kesemua responden tidak pernah mengalami keracunan makanan di kantin pada tahun ini berbanding tahun lepas. Hal ini di sebabkan, makanan yang dijual oleh pihak kantin adalah berkualiti tanpa penggunaan makanan yang lama atau basi dan kesihatan pelajar, guru dan kakitangan sekolah juga terjamin.

3.8 Bahagian kelapan (kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan)

       Keseluruhannya, pihak kantin memberi kepuasan yang sangat baik kepada pelanggan iaitu pelajar, guru dan kakitangan sekolah. Ini di tunjukkan oleh analisis data yang dikaji iaitu seramai 16 orang berpuas hati dengan perkhidmatan kantin manakala selebihnya tidak berpuas hati iaitu seramai 4 orang. Majoriti yang berasa puah hati, disebabkan oleh layanan yang diberikan olek pihak kantin adalah mesra berbanding dengan tahun lepas. Oleh itu, pihak kantin harus mengamalkan nilai-nilai murni yang baik untuk menjaga hubungan baik antara penjual dan pembeli.

       3.9 Penggunaan kajian

Kajian ini telah dijalankan oleh pengkaji iaitu Muhamad Hafiz Bin Abu Bakar, Muhamad Arif Bin Said, Nooramirah Binti Zulkehli, Nor azizah Binti Mohd Ismail dan Noor Nabila Binti Wazir yang mengambil data dan analisis menggunakan kaedah statistik  iaitu bagi mengukur peratus. Data diproses dengan menggunakan kaedah analisis asas matematik, graf bar, serta jadual bagi data keseluruhan golongan yang mengatakan YA dan TIDAK serta data keseluruhan soalan yang dijawab oleh responden YA dan TIDAK.
 

      4.0 SUBJEK KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. Kajian ini menjadi gambaran daripada pelanggan kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK) bagi menunjukkan keadaan dan suasana persekitaran kantin pada waktu rehat. Berdasarkan perkara itu, kajian untuk mengenalpasti masalah kantin ini telah dilakukan bagi menambahbaikkan prestasi kantin sekolah ini.
      
       4.1 Kenaikan harga makanan
Isu kenaikan harga makanan kantin baru di sekolah menjadi perbualan hangat masyarakat terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai untuk disekolahkan. Harga makanan di kantin sekolah dinaikkan. Contohnya, sepinggan nasi goring iaitu RM1.50 berbanding dengan kantin  sebelumnya hanya RM1.20 iaitu meningkat sebanyak 30 sen. Selain itu, kenaikan harga makanan ini juga menambahkan beban kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, kenaikan harga makanan di kantin sekolah amat tidak wajar dan perlu dirombak semula agar tidak menyusahkan pelanggan.
      
       
      4.2  Tahap kebersihan yang tinggi
Kebersihan di kawasan kantin sekolah pada tahun ini amat berpuas hati. Hal ini jelas kelihatan apabila kawasan menjual air di kantin amat bersih. Selain itu, tahap kebersihan para pekerja sangat tinggi. Hal ini terbukti dengan pakaian yang dipakai oleh para pekerja sangat baik. Kebersihan kantin yang terjamin telah memuaskan hati semua responden.
    
       4.3   Aspek layanan
Aspek layanan yang diberikan kepada pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah ketika hendak membeli makanan dan minuman di kantin adalah amat baik. Pekerja kantin  memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan terutamanya memberi senyuman yang sangat ikhlas kepada pelajar. Walau bagaimanapun, hanya segelintir pelanggan yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan.

5.0 PROSEDUR
       5.1 Perbincangan
Melalui kaedah ini, kami mambuat perbincangan di antara kumpulan kami iaitu seramai 5 orang. Kami mendapati segelintir pelanggan tidak berpuas hati terhadap harga yang ditawarkan. Perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan hati semua pelanggan tetapi kuantiti makanan yang disediakan menimbulkan rasa tidak puas hati pelanggan. Selain itu, kebersihan kantin amat baik dan seterusnya pelanggan berpuas hati terhadap persekitaran. Dengan kaedah ini, proses perbincangan berjalan dengan lancar dan banyak membantu kami dalam mendapat maklum balas daripada responden.

5.2 Pemerhatian
       Melalui proses pemerhatian pula, kami telah menggunakan kamera untuk mengambil gambar sebagai bukti bagi menunjukkan suasana dan persekitaran kantin. Disebabkan itu, kaedah ini telah digunakan bagi mendapatkan reaksi daripada pelanggan kantin di sekolah ini. Selain itu, kaedah ini juga lebih berkesan untuk menilai perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak kantin. Melalui pemerhatian juga, kami dapat melihat tahap kebersihan kantin tersebut.

5.3  Borang soalselidik
        Kami telah mengedarkan borang soalselidik kepada pelajar tingkatan empat, lima dan enam, serta guru dan kakitangan sekolah ini. Tujuannya adalah untuk melihat dan memudahkan kami untuk mengkaji data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya. Dengan kaedah ini juga kami secara tidak langsung dapat meneliti perkembangan kantin di sekolah ini dari semasa ke semasa.


BAB 1V
 PENGANALISISAN DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

1.0  Penganalisisan Data
   Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan data mengenai keselesaan kantin kepada guru, pelajar, serta kakitangan sekolah ini. Kaedah yang digunakan dalam memperolehi keputusan data ini adalah hasil daripada penggunaan borang soal selidik yang telah diberikan pada setiap responden .
2.0  Latar Belakang
      Kaedah penyelidikan dengan penggunaan  soal selidik ini, kami telah melibatkan tiga golongan yang terdiri daripada guru, pelajar serta kakitangan sekolah. Mengikut statistik yang telah dilakukan , kami mendapati bahawa sebanyak 40% responden yang terdiri daripada pelajar, manakala 30% daripada guru dan selebihnya iaitu sebanyak 30% daripada kakitangan sekolah.
3.0 Analisis Statistik
      Analisis statistik dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap keselesaan responden terhadap kantin dari pelbagai aspek. Sebagai contoh, dari aspek menu pemakanan, harga, kebersihan dan lain-lain. Analisis statistik yang ditunjukan adalah seperti yang berikut:-


DATA KESELURUHAN BERDASARKAN GOLONGAN
GOLONGAN
YA
TIDAK
JUMLAH
GURU
29
19
48
PELAJAR
36
28
64
PEKERJA
34
14
48
JUMLAH BESAR=160


DATA KESELURUHAN BERDASARKAN SOALAN
NOMBOR SOALAN
YA
TIDAK
JUMLAH
SOALAN 1
5
15
20
SOALAN 2
18
2
20
SOALAN 3
20
0
20
SOALAN 4
5
15
20
SOALAN 5
19
1
20
SOALAN 6
13
7
20
SOALAN 7
20
0
20
SOALAN 8
16
4
20
JUMLAH BESAR = 160



KEPUTUSAN GRAF BERDASARKAN GOLONGAN


KEPUTUSAN GRAF BERDASARKAN SOALAN

BAB V
PERBINCANGAN DAN CADANGAN

1.0  Kesimpulan
Berdasarkan kajian yang kami jalankan iaitu tentang kepuasan pelanggan terhadap kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting, didapati bahawa semuanya berjalan dengan baik. Malah,kesemua soalan yang dikemukakan itu lebih ramai responden memberikan jawapan yang positif berbanding negatif. Berdasarkan analisis, kepuasan pelanggan terhadap menu dan harga yang ditawarkan tidak memberi kepuasan kepada pelanggan. Walau bagaimanapun, perkhidmatan dan kebersihan kantin memberi kepuasan kepada pelanggan di sekolah ini. Oleh itu, kita dapat merumuskan  bahawa kepuasan pelanggan terhadap kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting adalah seimbang.

2.0  Implikasi
Daripada kajian yang kami jalankan, harga yang ditawarkan memberi kesan kepada pelanggan. Hal ini kerana lebih ramai responden yang tidak berpuas hati terhadap harga yang ditawarkan. Selain harga, menu makanan yang disediakan juga tidak menberi kepuasan kepada pelanggan. Hal ini memberi kesan kepada pelanggan kerana mereka terdiri daripada pelbagai jenis bangsa. Seterusnya, ia akan menimbulkan ketidakpuasan kepada pelanggan. Perkhidmatan yang diberikan juga akan member kesan kepada pelanggan. Contohnya, layanan yang baik oleh pekerja kantin akan memberi kepuasan dalam diri pelanggan. Selain itu, kebersihan kantin akan memberi kesan terhadap pelanggan di mana persekitaran kantin akan mempengaruhi kesihatan pelanggan. Sebagai contoh, persekitaran kantin yang bersih tidak akan menjejaskan kesihatan manusia.





3.0  Cadangan
Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, kami telah menyediakan beberapa cadangan untuk menyelesaikan kekangan yang berlaku di kantin sekolah ini. Antara cadangan tersebut ialah:-
3.1  Menurunkan harga makanan
Pihak kantin seharusnya menurunkan harga makanan di kantin tersebut bagi memuaskan hati pelanggan. Hal ini kerana tidak semua responden mampu membeli makanan yang mahal. Contohnya, bagi pelajar yang mempunyai ibu bapa yang hanya berpendapatan rendah. Oleh itu, pengusaha kantin perlu mengkaji semula harga yang ditawarkan kepada pelanggan. Hal ini bertujuan untuk pelanggan dapat membeli makanan dengan harga yang berpatutan.
3.2  Mempelbagaikan menu
Pengusaha kantin perlu mempelbagaikan menu kerana di sekolah ini mempunyai pelanggan yang pelbagai jenis bangsa. Antaranya ialah kaum Melayu, Cina dan India. Sudah semestinya mereka mempunyai selera yang berlainan. Oleh itu, pengusaha kantin perlu menyediakan pelbagai jenis menu. Contohnya , nasi lemak untuk pelanggan kaum Melayu, capati untuk pelanggan kaum India  dan nasi ayam untuk pelanggan kaum Cina.
3.3  Mengekalkan mutu perkhidmatan dan kebersihan kantin
Berdasarkan kajian, layanan yang diberikan oleh pekerja kantin memberi kepuasan kepada pelanggan. Disebabkan itu, pihak kantin harus mengekalkan layanan yang diberikan kepada pelanggan. Hal ini bertujuan, bagi mengelakkan lebih ramai pelanggan yang tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, pengusaha kantin perlu terus mengekalkan tahap kebersihan kantin. Hal ini kerana kebersihan kantin akan menjamin kesihatan pelannggan. Oleh itu, pengusaha kantin perlu menitikberatkan tahap kebersihan agar dapat menjamin persekitaran yang bersih.




                                BIBLOGRAFI

  1. http://www.scribd.com/doc/51643912/Kandungan-Kajian-Tingkatan-6
  2. http://documentsearch.org/pdf/maksud-kantin-sekolah.html
  3. http://www.scribd.com/doc/27316474/Contoh-Kertas-Kerja-Kolokium
  4. pdfscout.org/pdf/definisi-kantin-sekolah.htmlCached
  5. http://www.scribd.com/doc/20618915/Format-Penulisan-Penyelidikan-Tingkatan-Enam
  6. http://www.searchinpdf.com/pdf/contoh-penyelidikan-tingkatan-6-.html
  7. http://www.metodologi kantin.com.my


BORANG SOAL SELIDIK

Tandakan ( / ) pada kotak yang disediakan.



Status :   Guru                  
               Pelajar
     Pekerja



Bangsa:   Melayu
                 Cina
                 India



Jantina :     Lelaki  
       Perempuan



Tingkatan :   4                     
                      5
                      6




FAKTOR KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KANTIN SMK KAMUNTING


1.    Pada pendapat anda, adakah harga makanan di kantin sekarang lebih berpatutan
   daripada tahun sebelum?


YA          
TIDAK         

2.      Adakah anda berasa selesa terhadap persekitaran kantin Sekarang berbanding tahun
  sebelum?


YA        
TIDAK                


3.      Anda setuju harga makanan di kantin perlu di kaji semula?
YA        
TIDAK          



4.      Adakah menu di kantin memenuhi citarasa anda?
YA        
TIDAK          


5.      Anda setuju jika pemilik kantin perlu menambah baikkan dari segi harga atau
masakan?
YA        
TIDAK          


6.      Adakah kebersihan kantin sekarang terjamin?
YA        
TIDAK      


7.      Pernahkah anda mengalami keracunan makanan?


YA        
TIDAK          


8.      Adakah anda berpuas hati terhadap perkhidmatan pekerja kantin yang diberikan
kepada anda?
YA        
TIDAK          




#harap maaf ! LAMPIRAN dan GRAF tidak dapat disiarkan kerana masalah teknikal  :)